Itachi Jarod 04

Go,…

Peperangan 9 Dewa

Posted by JackQ on March 7, 2008

Legenda Peperangan Kuno Sembilan Dewa

Dalam legenda dan mitos Jepun, terdapat cerita adanya perang sembilan dewa atau “Ancient war of 9 Gods”. Perang besar ini terjadi di masa lalu. Peperangan ini adalah peperangan antara Yokai atau siluman(demon) yang memiliki kekuatan luar biasa dan disebut sebagai makhluk-makhluk setengah dewa. Mereka saling berperang antara satu sama lain. Bahkan, (Bijuu)Hokou dan Nekomata membentuk pakatan dan mencuba menguasai pertempuran. Akhirnya hanya dua Bijuu yang bertahan yang memiliki kekuatan dewa yang akhirnya akan menyelesaikan peperangan panjang dan melelahkan ini. Peperangan ini berakhir setelah Yamata no Orochi dan Kyuubi no Yokou bertemu dan bertarung selama 100 tahun. Kyuubi memenangi pertarungan ini kerana dia memiliki chakra yang tidak terbatas.
Semua Bijuu yang ada di dalam mitos jepun mengambil bahagian dalam peperangan ini. Mereka akhirnya di seal di dalam kuil-kuil di seluruh Jepun.
Khabarnya roh-roh mereka diseal di 9 kuil di Jepun.

Beliau merupakan pengasas kampung Konoha. Beliau juga ialah abang kepada Yang Kedua dan datuk kepada Tsunade yang kini merupakan Hokage Kelima. Beliau melihat penduduk kampung sebagai sebahagian daripada dirinya dan sentiasa mengutamakan kepentingan mereka. Rohnya telah dikurung dalam salah satu klon bayang Hokage Ketiga selepas dihidupkan semula oleh Orochimaru.

Telah didedahkan juga bahawa Orochimaru menggunakan DNA beliau dalam satu eksperimen genetik dengan menyuntik DNA beliau kepada 60 subjek uji kaji. Hanya seorang sahaja yang tidak terkorban – Yamato. Orochimaru sebenarnya cuba mereplikasi jurus Yang Pertama yang unik iaitu teknik ‘Mokuton,( Elemen Gabungan: Kayu) dan kebolehan mengawal syaitan berekor. Kebolehan ini dibantu oleh rantai yang diberikan kepada Tsunade dan kemudiannya diberikan kepada Naruto setelah Tsunade tewas dalam pertaruhan.

Merupakan adik kepada Hokage Pertama. Beliau banyak menyumbang terhadap pembangunan Konoha sebagai kuasa utuh. Beliau juga amat bangga akan keupayaan kombat yang tinggi dan sangat mahir mengendalikan jurus berelemen air (beliau tidak perlu berada berhampiran dengan sumber air untuk melakukan jurus tersebut). Merupakan guru kepada Hokage Ketiga, Mitokado Homura dan Utatane Koharu. Rohnya telah dikurung dalam salah satu klon bayang Hokage Ketiga selepas dihidupkan semula oleh Orochimaru.

Dalam anime, bekas Jonin Konoha Rokusho Aoi pernah mengatakan bahawa Hokage Kedua terkenal dengan pedang Raijinnya. Pedang tersebut diperbuat daripada tenaga tulen dan boleh ditarik masuk ke dalam hulunya. Anak murid Aoi, Morino Idate mencuri pedang tersebut dan menyerahkan pedang itu kepada Aoi dengan harapan dia dapat menjadi seorang Chunin. Aoi mendakwa bahawa pengguna pedang Raijin adalah kebal dalam mana-mana pertarungan. Dia dibuktikan salah apabila pedang Raijin retak dan pecah sebagai akibat Chidori dan Rasengan yang masing-masing dihasilkan oleh Uchiha Sasuke dan Uzumaki Naruto.

Nama kelurga Hokage Ketiga ialah Sarutobi. Nama asalnya tidak diketahui. Nama keluarganya yang dilham daripada Sarutobi Sasuke, bermaksud “melompat seperti monyet”, disokong dengan kebolehannya menyeru seekor monyet. Hokage Pertama dan Kedua memanggilnya Saru yang bermaksud monyet. Masashi Kishimoto pada asalnya berhajat menjadikan Hokage Ketiga seekor anjing tetapi idea itu akhirnya dibuang kerana dianggap “terlalu pelik”.

Banyak aspek perwatakannya dipinjam daripada kesusasteraan Cina klasik Pengembaraan ke Barat; monyet yang diserunya mempunyai beberapa ciri ketara dengan watak utama cerita klasik ini iaitu Sun Wukong dan tongkat Sarutobi serupa dengan tongkat milik Sun Wukong.

Hokage Ketiga ialah bekas pelajar kepada Yang Pertama dan Yang Kedua dan sepasukan dengan Mitokado Homura dan Utatane Koharu. Apabila dewasa, beliau menjadi guru kepada Jiraiya, Orochimaru dan Tsunade. Yang Ketiga ialah ayah kepada Sarutobi Asuma dan datuk kepada Konohamaru.

Selepas menjadi guru Orochimaru, beliau menyedari bakat semulajadi Orochimaru dan selalu menasihati Jiraiya agar mencontohi Orochimaru. Beliau juga menyedari kejahatan yang terpendam dalam jiwa Orochimaru dan berusaha untuk memimpin Orochimaru ke jalan yang benar. Selepas menjawat jawatan Hokage, Yang Ketiga mula mencari pengganti bagi tempatnya. Beliau berhajat untuk menyerahkan gelaran Hokage kepada Orochimaru tetapi kerana Orochimaru hanya memandang kepada kuasa, Yang Ketiga menyerahkan nama Hokage kepada salah satu pelajar Jiraiya.

Selepas bersara, Yang Ketiga menyiasat beberapa kes kehilangan diri yang berlaku di Konoha. Yang Ketiga akhirnya mendapati Orochimaru sebagai dalangnya. Setelah mengetahui bahawa Orochimaru menculik banyak orang untuk memperoleh kehidupan abadi, beliau bersedia untuk membunuh Orochimaru. Walaupun Orochimaru memberi peluang tersebut kepada Yang Ketiga, beliau tidak sampai hati mengambil nyawa anak murid kesayangannya. Orochimaru kemudiannya melarikan diri. Selepas itu, Kyubi menyerang Konoha dan Yang Keempat meninggal dunia selepas mengurung semangat Kyubi dalam badan Uzumaki Naruto. Maka, Yang Ketiga keluar daripada tempoh persaraan dan menjadi Hokage Konoha semula. Yang Ketiga juga digelar ‘Profesor’ kerana mempunyai bidang pengetahuan yang luas tentang jurus ninja dan khabarnya berjaya menguasai semua jurus dalam Konoha. Yang Ketiga juga dipaparkan sebagai seorang yang miang. Beliau pernah menawarkan diri untuk membantu Jiraiya menguji ‘Tōton Jutsu, (Jurus Melenyapkan Diri) di kolam air panas. Dia juga tewas kepada ‘Oiroke no Jutsu, (Jurus Seksi) Naruto dan gemar berbual-bual dengan gadis muda pada masa lapang.

Dikenali sebagai ‘Kilat Kuning Konoha’. Beliau ialah seorang ninja yang amat berani dan telah mengurung Kyubbi dalam Naruto. Beliau dikatakan ialah ninja terhandal yang pernah dilahirkan oleh Konoha. Sebelum mengurung Kyubi dalam tubuh Naruto, Yang Keempat mengatakan bahawa dia tidak mahu Naruto dilihat sebagai bekas menyimpan semangat Kyubi, tetapi sebagai wira yang menyelamatkan Konoha daripada kemusnahan. Permintaan ini tidak dikabulkan oleh penduduk kampung. Beliau merupakan anak murid kepada Jiraiya dan guru kepada Hatake Kakashi, Uchiha Obito dan Rin.

Yang Keempat mempunyai banyak ciri yang sama dengan Naruto. Mereka berdua memiliki rambut berwarna kuning, kumpulan darah yang sama (B) dan personaliti yang tidak berbeza seperti yang dikatakan oleh Jiraiya. Uchiha Itachi pernah menggelar Naruto sebagai ‘peninggalan’ Yang Keempat. Tambahan pula, sebelum Jiraiya menolak Naruto ke dalam gaung supaya Naruto boleh menyeru kuasa Kyubi, Jiraiya berkata, “Harap maaf, Yang Keempat.” Setakat ini, nama sebenar, sejarah hidup dan hubungan kekeluargaan dengan mana-mana watak tidak didedahkan.

Yang Keempat telah mencipta beberapa teknik yang hebat seperti ‘Hiraishin no Jutsu, (Jurus Dewa Guruh Terbang) dan ‘Rasengan’. Jurus terakhir tersebut sebenarnya belum lengkap; Yang Keempat berhajat untuk menggabungkan jurus ini dengan elemen chakranya tetapi tidak sempat kerana telah terkorban setelah mengurung Kyubi.

Nama Tsunade, Jiraiya dan Orochimaru datang daripada Jiraiya Goketsu Monogatari (“Kisah Jiraiya Yang Gagah Berani”). Tsunade mahir dalam menggunakan magis siput dan mengahwini Jiraiya. Nama “Tsunade” bermaksud “tali tambatan”.

Tsunade ialah bekas pelajar kepada Hokage Ketiga. Tsunade dan bekas rakan sepasukannya, Jiraiya dan Orochimaru dikenali sebagai ‘Tiga Lagenda’. Gelaran ‘puteri’ selalu digunakan bersama dengan nama Tsunade kerana dia merupakan cucu kepada Hokage Pertama.

Salah satu harta milik Tsunade yang bernilai ialah rantai yang dahulunya dipunyai oleh datuk Tsunade. Rantai tersebut dikatakan cukup mahal untuk membeli tiga buah gunung. Pada hari jadi adiknya, Nawaki yang kedua belas, Tsunade menghadiahkan rantai tersebut kepadanya dengan harapan Nawaki akan berjaya meraih nama Hokage. Keesokan harinya, Nawaki terkorban dalam satu pertarungan dan rantai tersebut pulang ke pangkuan Tsunade. Beberapa ketika kemudian, Tsunade jatuh cinta akan seorang lelaki bernama Dan yang juga bercita-cita untuk menjadi seorang Hokage. Sebagai tanda sokongan dan cintanya kepada Dan, Tsunade menghadiahkan rantai milik darwah datuknya kepada Dan. Tetapi, Dan juga terkorban dalam peperangan dan sekali lagi memulangkan rantai tersebut kepada Tsunade.

Kematian Nawaki dan Dan meninggalkan impak yang sangat besar kepada Tsunade; kematian Dan dan kegagalan Tsunade untuk menyelamatkan nyawanya menyebabkan Tsunade menghidap hemofobia (takut akan darah). Orang ramai juga mula mempercayai bahawa sesiapa yang memiliki rantai Tsunade akan menemui maut dan dianggap telah disumpah. Maka, Tsunade turut hilang kepercayaan terhadap gelaran Hokage dan menganggap hanya si bo doh sahaja yang mahukan nama tersebut. Tsunade kemudiannya meninggalkan Konoha bersama-sama dengan anak saudara Dan, Shizune.

Tsunade memiliki kekuatan yang luar biasa. Kebolehan ini ialah hasil daya mengawal chakra Tsunade yang amat tinggi. Dengan mengumpul dan melepaskan chakra sebaik sahaja menyentuh sesuatu objek, dia boleh meningkatkan kekuatan fizikalnya sehingga mampu memecahkan batuan besar. Dia juga merupakan ninja perubatan yang mahir dan dapat merawat kecederaan parah yang selalunya akan membawa maut kepada mangsa. Tsunade telah mencipta ‘Sōzō Saisei, (Kelahiran Semula Genesis), satu teknik yang membolehkan Tsunade menjana dan memulihkan semua luka pada penggunanya dengan membebaskan chakra yang dikumpulkan dalam tanda pada dahinya. Tetapi, jurus ini akan memendekkan jangka hayat Tsunade menyebabkan jurus ini hanya digunakan pada saat-saat kecemasan.

Walaupun dalam usia 50an, jurus ‘Henge no Jutsu, (Teknik Peniruan) yang digunakan oleh Tsunade menyebabkannya kelihatan berumur di sekitar 20 tahun. Transformasi ini agak berbeza dengan transformasi biasa kerana perubahan fizikal pada Tsunade nampaknya kekal dan tidak dibengkalai apabila Tsunade dicederakan dalam pertarungan. Tsunade juga adalah seorang kaki judi yang selalu bernasib buruk. Maka, dia juga digelar ‘Lagenda Kaki Judi Teruk’ kerana keuntungan bersih yang diraih oleh pemain lawan. Apabila Tsunade benar-benar bernasib baik, dia melihat perkara tersebut sebagai alamat yang tidak baik. Biasanya, perkara yang tidak baik akan berlaku selepas itu. Simbol pada baju di bahagian belakang bermaksud judi memandangkan Tsunade suka berjudi pada masa lapangnya.[/img]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: